DIY CNC MACHINE

             CNC adalah singkatan perkataan Computer Numerical Control atau sistem kawalan berkomputer. Mesin CNC adalah mesin yang dikawal komputer yang menghantar arahan dan isyarat kepada mesin untuk membuat sesuatu pergerakkan. Terdapat pelbagai variasi mesin CNC yang digunakan antaranya CNC Mill, CNC router, CNC Foam Cutter, CNC Lathe, EDM Wire Cut dan pelbagai lagi. Majoriti penggunaan mesin CNC di Malaysia dilihat hanya dimanfaatkan oleh syarikat pengeluaran yang besar disebabkan faktor harganya yang mahal.

      Seiring dengan perkembangan semasa, pengusaha industri kecil dan sederhana, para hobbiest dan diyers dilihat turut berminat untuk menggunakannya. Atas inisiatif ingin membantu golongan ini, buku Panduan Membuat Mesin CNC diterbitkan dan sekaligus dapat menghasilkan mesin CNC dengan kos yang amat rendah. Penghasilan teknologi mesin CNC ini dapat membantu meningkatkan kualiti dan lebih cantik, mengurangkan kos pekerja dan kos pengeluaran, memendekkan masa operasi dan sebagainya.
     


     Sebagai contoh, faktor-faktor yang diperlukan dalam penghasilan ukiran kayu dan perabot adalah seperti kemahiran mengukir, kualiti ukiran dan masa yang lama untuk menyiapkan ukiran kayu. Penggunaan mesin CNC dapat membantu manghasilkan ukiran kayu dan perabot tanpa perlu mengukir menggunakan tangan. Kualiti ukiran kayu menggunakan mesin CNC lebih halus berbanding menggunakan tangan. Ia juga dapat mengurangkan kos pekerja dan kos pengeluaran dan dapat memendekkan masa operasi.

      Di eropah misalnya, kemahiran membuat mesin CNC telah berkembang lebih 10 tahun. Ramai pengusaha kecil dan sederhana, para hobbiest dan diyers di eropah yang rata-ratanya tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang kejuruteraan menghasilkan mesin CNC sendiri. Mungkin disebabkan kekurangan sumber rujukan dan susah mendapatkan komponen mesin menyebabkan teknologi ini kurang berkembang di kalangan rakyat Malaysia.

      Buku Panduan Membuat Mesin CNC ini merungkai segala ilmu mengenai pembuatan mesin CNC seperti pemilihan komponen mesin CNC yang betul, cara pengiraan, penggunaan design dan controller software serta testing.  Buku panduan ini turut disertakan dari mana mendapatkan komponen mesin yang baru dan lama. Turut memberikan khabar gembira buat semua bahawa detail drawing dan assembly drawing diberikan secara percuma. 

      Buku Panduan Membuat Mesin CNC memfokuskan kepada mesin CNC 3-paksi dan berkisar tentang mesin CNC Router dan mesin CNC Mill. Mesin CNC Router dan CNC Mill adalah sama, cuma berbeza aplikasi. CNC Router mempunyai feed rate dan speed yang tinggi dan digunakan untuk memotong bahan-bahan lembut seperti kayu, plastik aluminum dan sebagainya. CNC Mill mempunyai feed rate dan speed yang rendah dan digunakan untuk memotong bahan keras seperti logam. 



4 comments: